Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Harini saya nak memperkenalkan pada anda, anda, dan anda semua 1 produk yg baru dilancarkan oleh SHAKLEE yg dinamakan Co Q Health Plus.
Co Q Health Plus Shaklee mengandungi CoQ 10. Tentu anda tertanya-tanya kan apa itu CoQ 10. Kalau nak tau apa CoQ 10 dan kepentingannya dalam sistem badan kita jom baca entry ni sampai ke noktah terakhir..ok?
Firstly, meh saya citer sket fasal CoQ 10 ni. CoQ 10 ialah zat makanan larut lemak yg hadir semulajadi & didapati di setiap sel tubuh utk berfungsi dgn baik terutamanya organ yg bekerja keras spt jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.
CoQ 10 juga bertindak sbg antioksidan yg kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yg merosakkan sel dalam tubuh yg mengakibatkan kerosakan membran sel, mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. Radikal bebas menyumbang kpd proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan termasuklah penyakit jantung dan kanser. Disinilah pentingnya CoQ 10 utk meneutralkan radikal bebas dan membantu mencegah sesetengah kerosakan yg disebabkan oleh radikal bebas ini.
Coq10 penting dalam penghasilan tenaga bagi setiap sel kekal berfungsi. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat bagi membolehkan jantung terus berdegup.
- Ia dapat mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh.
- CoQ10 juga menyokong pertalian antara salur darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat atau normal.
- Ia juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoprotein berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah termsuk pengaliran darah ke jantung.
Bagaimana CoQ10 bertindak melawan beberapa penyakit???
1) Serangan penyakit jantung :
Satu kajian klinikal mendapati pesakit yg mengambil supplement CoQ 10 setiap hari dalam 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko utk mempunyai serangan jantung berikutnya.
2) Kegagalan fungsi jantung :
Terdapat bukti bahawa CoQ 10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Org yg mempunyai kegagalan jantung kongresif, dimana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ 10. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yg lain spt paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa supplement CoQ 10 dapat membantu mengurangkan bengkak kaki, mengurangkan cecair dalam paru-paru, memudahkan pernafasan dan meningkatkan kapasiti utk pesakit jantung melakukan senaman.
3) Tekanan darah tinggi :
Beberapa kajian klinikal yg melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ 10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4-12 minggu untuk melihat sebarang perubahan. Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ 10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yg ketara.
4) Kolesterol Tinggi :
Individu yg mempunyai tahap kolesterol yg tinggi yg mengambil CoQ 10 juga menurut kajian dapat menurunkan kolesterol ke tahap yg lebih rendah. CoQ 10 telah diperakui sbg rawatan alternatif untuk mereka yg mempunyai paras kolesterol tinggi. Dengan pengambilan CoQ 10 secara konsisten boleh mengembalikan paras normal kolesterol.
5) Diabetes / Kencing Manis :
Pengambilan CoQ 10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurunkan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa dos sebanyak 100 mg CoQ 10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan utk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.
6) Masalah Kesuburan :
CoQ 10 dapat mencegah kerosakan yg disebabkan oleh radikal bebas. Ini boleh membantu meningkatkan penghasilan sperma dan mengurangkan risiko sperma tidak sihat.
Pendek kata, CoQ 10 adalah supplement terbaik yang wajib ada di setiap rumah untuk pelbagai penyakit.
Harga Retail : RM 124.00
Kod Produk : 10121
Untuk harga KEBABOMMMM jauh lebih murah jom contact iekin
017-2574861 (wassap/we chat/direct call)